Saturday, April 14, 2007

Selamat Datang ke Madrasah Nurul Iman


Alhamdulillahirobil ‘alamin wabihi nastain. Wassolatu wassalam ‘ala asyrafil anbiya’ wal mursalin Saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi wa atba ihi ila yau middin. Usikum wanafsi bi lai laha il lallah. Ala bizikrillah tat mainnul qulub. Wala zikrullahi akbar. Wama khalktu jin wal ins illa li ya’budun. Wa’ bud rabbaka hatta ya’ tiyakal yakin.


Semoga bersama-samalah kita cuba bersungguh-sungguh menghayati dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan kepada semua orang mukmin, iaitu mengikuti jejak langkah rahmatan lil ‘alamin. Jejak langkah qudwatun hasanah dan uswatun hasanah. Firman Allah “Li mank kana yarju Allah yaumil akhir’ ertinya bagi mereka yang berharap bertemu Tuhannya di hari akhirat kelak’.


Salam hormat dan mahabbah dari pihak madrasah kepada semua pengunjung laman web ini. Semoga dengan melayari laman web ini pengunjung dapat mengambil sesuatu yang bermakna untuk meneruskan hidup di dunia Allah ini.

Pengenalan Madrasah Nurul Iman


Madrasah Nurul Iman merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlatar belakang Syariat dan Thoriq. Untuk makluman umum, amalan kerohanian di sini adalah berasaskan kepada amalan tareqat Ahmadiah-Qadiriyyah di bawah pimpinan Syeikh Mahmud bin Haji Abdul Rahman. Pusat-pusat pengajian kesufian bimbingan beliau dimulakan di Semenanjung Malaysia.

TAFSIRAN LOGO NURUL IMAN


TIGA BINTANG GEMERLAPAN



  • Kepimpinan kerohanian di bawah pancaran Kerasulan Nur Muhammad Sallallahu’alaihi Wassallam


KUBAH



  • Tampuk kepimpinan kerohanian yang mantap dan sentiasa mengadap KEHADRAT Yang Maha Agung


ENAM JALUR HIJAU PADA KUBAH



  • Tauhid yang tinggi berdasarkan enam rukun Iman. Keyakinan yang bulat. Tiada Yang lain selain Allah.


WARNA PUTIH BERAIR DI BAWAH KUBAH



  1. Hati yang bersih


  2. Jiwa yang suci


  3. Keikhlasan yang tinggi


  4. Kebenaran Ilmu dan Kerohanian yang di bawa adalah “NYATA” & “JELAS”


  5. Guru mendapat “ILMU” dengan AIRMATA bukan melalui cerita atau dengan gelak tawa.

HIJAU MUDA



  • Cahaya Ke Islaman bersinar kembali

LINGKARAN TASBIH


  • Huruf Q – sebagai lambang KUALITI

  • Organisasi Nurul Iman di pimpin oleh seorang yang berkualiti dan Ahli Jemaah Nurul Iman juga seharusnya memiliki ciri-ciri yang berkualiti.
    Rapatnya susunan biji tasbih menggambarkan satu saf yang rapat dan ikatan ukhwah / mahabbah dan silaturrahim.

WARNA BIRU



  • Mengajak kita supaya marilah sama-sama mengharungi lautan kesufian yang tidak bertepi dan tenggelam dalam Kebesaran Allah.

FAJAR DI UFUK


  • Nurul Iman semakin gemerlap dan semakin menyerlah

  • Nurul Iman sebenarnya sudah mencapai taraf “INTERNATIONAL”

BULATAN DI LUAR LOGO



  • Untuk mengikuti acara kerohanian mestilah memBULATkan hati kepada ALLAH.